Monday 6 June 2011

Angin Taufan

Puting beliung Mei 2011 (atau 'tornado') sedang berlaku di Midwest, Amerika Syarikat , terutama dari Tasik Superior ke daerah Sungai Mississippi . Banyak kerosakan berlaku di Joplin, Missouri. Pokok-pokok meliuk-liuk tercabut atau tumbang, kereta bergolek-golek dan rumah meletup. Bekalan elektrik terputus . Sekurang-kurangnya 89 terbunuh . Puting beliung juga dilaporkan berlaku di Minnesota dan Kansas . [2] Rumah-rumah di sepanjang 10 km laluan puting beliung itu habis musnah. Antara bangunan yang musnah ialah gereja, sekolah, pusat perniagaan dan rumah kediaman.
Sebelum ini puting beliung paling teruk berlaku di Worcester, Massachusetts pada tahun 1953. Semasa puting beliung Februari 2008, seramai 56 orang terbunuh di negeri Selatan Amerika Syarikat. Pada bulan April 2011 terjadi 243 puting beliung dari Oklahoma ke Virginia dan membunuh 45 orang. Pada 3 April 2004, seramai 31 kematian berlaku akibat puting beliung di Amerika Syarikat. Mereka masih mengingati Taufan Katrina 2005 yang membunuh 1800 orang.

No comments:

Post a Comment